Malam Lailatulqadar
Malam Lailatulqadar
Masa berlalu
pantas meninggalkan hari-hari yang indah di bulan Ramadhan. Terasa sayu untuk
meninggalkan Ramadhan kerana belum tentu bertemu lagi Ramadhan 1433H. Ada
tugasan terakhir yang paling penting dalam sisa malam-malam Ramadhan yaitu
mencari Malam Lailatul Qadar malam yang LEBIH
BAIK dari 1000 bulan. Banyak ulasan yang kita baca dan
dengar tentang kehebatan Malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh keberkatan dan
kelebihan tertentu yang boleh merubah kehidupan kita 360 darjah pusingan.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang
baik yang menghayati malam Lailatul Qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan
Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid
mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang
mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan
daripada Aishah r.a. Katanya yang maksudnya: “Biasanya Rasulullah
s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal
ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa
yang lain.”
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah
r.a. yang maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah
s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa
yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang
berikut” yang maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau
sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah
salah silapku.”
Bukan mudah orang biasa seperti aku untuk mencari
Malam Lailatul Qadar yang tepat kerana itu adalah Rahsia ALLAH SWT supaya umat
manusia berusaha bersungguh mencari Malam Lailatul Qadar. Hanya ada satu Tips
Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar iaitu dengan beramal
bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang akhir di bulan Ramadhan dengan
memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir, Membaca Al Quran dan Berdoa memohon keampunan dan
keredhaan ALLAH SWT.
Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10
akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar.
Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Makhluk seluruh alam insyallah Malaikat
akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali. Sumber Malam Lailatulqadar